https://docs.google.com/document/d/15Eb4FbrocQU_kwAbKzmQ08iU047haDQoX6igvWhO0Cg/edit
Saturday 15 December 2012
Friday 14 December 2012
PP 4 U
Anda tahu apakah itu sembelihan?
Adakah ia berbeza dengan masyarakat bangsa yang lain?
Bagaimanakah cara sembelihan yang betul menurut syariat Islam?
Marilah kita saksikan bersama melalui PP ini....
https://docs.google.com/presentation/d/1O894UNT7QOh9_IJtjk3tItLFM90-iQ2f9cr2jArCabw/edit#slide=id.p81
Semoga beroleh manfaat darinya...tq
Adakah ia berbeza dengan masyarakat bangsa yang lain?
Bagaimanakah cara sembelihan yang betul menurut syariat Islam?
Marilah kita saksikan bersama melalui PP ini....
https://docs.google.com/presentation/d/1O894UNT7QOh9_IJtjk3tItLFM90-iQ2f9cr2jArCabw/edit#slide=id.p81
Semoga beroleh manfaat darinya...tq
Thursday 13 December 2012
PANDUAN UNTUK MENGHAFAZ AL-QURAN
PERSEDIAAN SEBELUM MENGHAFAL :
1. Membersihkan diri dari segala hadas.
2. Memakai wangi-wangian.
3. Bersugi atau memberus gigi.
4. Berwudhuk.
5. Memilih mushaf yang biasa digunakan seharian.
7. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz Al Quran. Waktu yang dicadangkan:
9. Perbetulkan niat untuk menghafal Al Quran.
CARA MENGHAFAZ :
1. Tentukan had bilangan ayat atau mukasurat yang hendak dihafal.
2. Bacalah ayat yang hendak dihafal. Pastikan bacaan tersebut betul dari segi tajwid dan sebutan.
3. Ulang bacaan dengan disemak bacaan tersebut supaya tidak ada kesilapan setiap kali ianya diulang.
mulakan dengan mengulang ayat yang pertama yang ingin dihafal sehinggalah berjaya menghafal ayat tersebut.
5. Kemudian berpindahlah ke ayat yang kedua. Ulang langkah yang sebelumnya sehingga selesai hafalan ayat yang ketiga.
6. Ulang hafalan ayat satu kemudian diikuti ayat yang kedua.
7. Selepas anda yakin ayat satu dan dua telah dihafal dengan hafalan yang sempurna mulakan hafalan dengan diulang langkah yang digunakan pada ayat yang pertama dan ayat yang kedua. Kemudian susuli dengan urutan ayat satu dua dan tiga dihafal serentak.
8. Ayat yang berikutnya juga dilakukan langkah seperti ayat satu dua dan tiga sehinggalah sampai ke had yang telah ditetapkan ( cth : 1 ms / 1 ‘ain ).
9. Ulanglah keseluruhan hafalan sehinggalah benar-benar yakin hafalan tersebut sempurna.
10. Perdengarkan bacaan kepada guru atau kawan yang dipilih.
11. Apabila ingin memulakan hafalan yang baru, ulang terlebih dahulu hafalan yang lalu, barulah dimulakan hafalan yang baru dengan cara yang sama pada hafalan yang lalu.
12. Hafallah setiap ayat dan alunkanlah ia dengan penuh tadabbur dan dengan penuh kesungguhan serta niat untuk memahami dan memelihara kalam Allah.
SELEPAS MENGHAFAL :
1. Berdoa agar dikurniakan keberkatan dalam hafalan. Antara doa yang baik untuk dibaca :
2. Pastikan Al Quran sentiasa dibaca dan diulang selalu. Pastikan setiap hari ada jadual mengulang dan jadual hafalan yang baru.
3. Berusaha untuk memperbaiki bacaan, memahami makna, hukum dan hikmah yang terkandung di dalam setiap ayat.
4. Berusaha untuk beramal dengan setiap perintah yang didatangkan dan berusaha menjauhi setiap larangan yang terkandung di dalam Al-Quran.
TABIAT MEREKA YANG INGIN MENGHAFAZ AL-QURAN
1. Sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci.
2. Sentiasa berjaga-jaga daripada termakan makanan atau minuman yang haram, begitu juga yang syubhat.
3. Rajin bangun di waktu malam untuk berqiyamullail, membaca Al Quran dan menunaikan solat malam.
4. Mengelakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia sama ada dalam bentuk perbuatan atau percakapan serta menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah sama ada dalam bertuk percakapan atau perbuatan.
5. Menjaga tingkahlaku dan percakapan seharian.
6. Rajin berpuasa sunat.
7. Memastikan niat menghafal Al Quran sentiasa kerana Allah bukan kerana habuan dunia dan sebagainya.
8. Menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia.
1. Membersihkan diri dari segala hadas.
2. Memakai wangi-wangian.
3. Bersugi atau memberus gigi.
4. Berwudhuk.
5. Memilih mushaf yang biasa digunakan seharian.
- Pastikan tulisan mudah dibaca.
- Sebaiknya menggunakan mushaf rasm uthmani.
7. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz Al Quran. Waktu yang dicadangkan:
- Selepas subuh.
- Selepas maghrib.
9. Perbetulkan niat untuk menghafal Al Quran.
CARA MENGHAFAZ :
1. Tentukan had bilangan ayat atau mukasurat yang hendak dihafal.
2. Bacalah ayat yang hendak dihafal. Pastikan bacaan tersebut betul dari segi tajwid dan sebutan.
3. Ulang bacaan dengan disemak bacaan tersebut supaya tidak ada kesilapan setiap kali ianya diulang.
- Bilangan ulangan ayat yang dicadangkan adalah sebanyak 60 / 30 / 10 dan lain-lain bersandarkan kepada kemampuan ingatan seseorang.
- Semakin banyak ayat diulang semakin mudah ianya dihafal dan kekal lebih lama dalam ingatan.
mulakan dengan mengulang ayat yang pertama yang ingin dihafal sehinggalah berjaya menghafal ayat tersebut.
5. Kemudian berpindahlah ke ayat yang kedua. Ulang langkah yang sebelumnya sehingga selesai hafalan ayat yang ketiga.
6. Ulang hafalan ayat satu kemudian diikuti ayat yang kedua.
7. Selepas anda yakin ayat satu dan dua telah dihafal dengan hafalan yang sempurna mulakan hafalan dengan diulang langkah yang digunakan pada ayat yang pertama dan ayat yang kedua. Kemudian susuli dengan urutan ayat satu dua dan tiga dihafal serentak.
8. Ayat yang berikutnya juga dilakukan langkah seperti ayat satu dua dan tiga sehinggalah sampai ke had yang telah ditetapkan ( cth : 1 ms / 1 ‘ain ).
9. Ulanglah keseluruhan hafalan sehinggalah benar-benar yakin hafalan tersebut sempurna.
10. Perdengarkan bacaan kepada guru atau kawan yang dipilih.
11. Apabila ingin memulakan hafalan yang baru, ulang terlebih dahulu hafalan yang lalu, barulah dimulakan hafalan yang baru dengan cara yang sama pada hafalan yang lalu.
12. Hafallah setiap ayat dan alunkanlah ia dengan penuh tadabbur dan dengan penuh kesungguhan serta niat untuk memahami dan memelihara kalam Allah.
SELEPAS MENGHAFAL :
1. Berdoa agar dikurniakan keberkatan dalam hafalan. Antara doa yang baik untuk dibaca :
“ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran, jadikanlah ia pemimpin , cahaya dan petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu
dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang. Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam. ”
dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang. Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam. ”
2. Pastikan Al Quran sentiasa dibaca dan diulang selalu. Pastikan setiap hari ada jadual mengulang dan jadual hafalan yang baru.
3. Berusaha untuk memperbaiki bacaan, memahami makna, hukum dan hikmah yang terkandung di dalam setiap ayat.
4. Berusaha untuk beramal dengan setiap perintah yang didatangkan dan berusaha menjauhi setiap larangan yang terkandung di dalam Al-Quran.
TABIAT MEREKA YANG INGIN MENGHAFAZ AL-QURAN
1. Sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci.
2. Sentiasa berjaga-jaga daripada termakan makanan atau minuman yang haram, begitu juga yang syubhat.
3. Rajin bangun di waktu malam untuk berqiyamullail, membaca Al Quran dan menunaikan solat malam.
4. Mengelakkan daripada melakukan perkara yang sia-sia sama ada dalam bentuk perbuatan atau percakapan serta menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah sama ada dalam bertuk percakapan atau perbuatan.
5. Menjaga tingkahlaku dan percakapan seharian.
6. Rajin berpuasa sunat.
7. Memastikan niat menghafal Al Quran sentiasa kerana Allah bukan kerana habuan dunia dan sebagainya.
8. Menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia.
Monday 10 December 2012
Kerja Individu Psikologi Pendidikan
KEMAHIRAN MENGHAFAZ AL-QURAN : KAJIAN TERHADAP SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN (JAIM) CHENDERAH, JASIN
ABSTRAK
ABSTRAK
Kajian
ini dijalankan untuk memahami dan menyelesaikan masalah-masalah pelajar di
Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Chenderah, Jasin, Melaka (SMTAQ) dalam
menghafaz dan menjaga Al-Quran. Seramai 20 orang pelajar daripada Tingkatan 4A
dipilih sebagai model kajian. Tinjauan awal telah dibuat melalui refleksi
pembelajaran dan pengajaran melalui ujian pra-amali dan bertulis. Hasil dapatan
daripada tinjauan awal menunjukkan tahap penguasaan pelajar dalam menghafaz Al-Quran
adalah pada tahap lemah dan masih memerlukan banyak latihan. Pelajar telah
menjalani proses pemantauan melalui beberapa program yang diadakan berdasarkan
kaitan teori-teori psikologi pendidikan yang bersesuaian. Dapatan kajian daripada hasil beberapa ujian
menunjukkan peningkatan kemahiran pelajar dalam menghafaz Al-Quran.
PENGENALAN
Al-Quran merupakan wahyu Allah yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk dijadikan sebagai pedoman dan
pegangan hidup seluruh umat manusia. Al-Quran juga adalah kitab suci yang
mengandungi peraturan lengkap dan sempurna dalam mengatur segala aspek kehidupan
manusia. Di dalam konteks pendidikan di Malaysia, Al-Quran menjadi satu komponen
wajib di dalam matapelajaran Pendidikan Islam lebih-lebih lagi bagi sekolah
yang dinamakan sekolah tahfiz Al-Quran.
Allah berfirman dalam
kitab-Nya yang mulia :
“Sesungguhnya Kamilah yang
menurunkan al Quran dan Kamilah yang akan menjaganya”
(Al Hijr 15:9)
Penerapan bacaan Al-Quran yang telah
ditekankan sejak peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah diteruskan
sehingga ke peringkat universiti. Komponen pendidikan Al-Quran yang diaplikasi
di SMTAQ adalah berkaitan dengan hafazan Al-Quran. Penerapan yang berterusan
kepada pelajar dilihat amat penting untuk memastikan pelajar-pelajar beragama Islam
celik Al-Quran dan mampu menguasai ilmu tersebut dengan baik.
Amalan pengajaran Al-Quran yang
berkesan juga dikaitkan dengan sifat kreatif guru yang mana bukan sahaja setakat
merancang pengajaran, bahkan juga meliputi kreativiti semasa proses pengajaran.
Amalan ini penting kerana ia akan menentukan daya tarikan minat pelajar untuk
menumpukan perhatian. Ngalim (1990) dalam Mohd Aderi Che Noh, Rohani Ahmad
Tarmizi (2009) berpendapat bahawa punca pelajar hilang tumpuan semasa belajar
ialah disebabkan oleh cara guru menerangkan dan menggunakan bahan pengajaran
yang membosankan.
REFLEKSI MASALAH
Kajian ini adalah bertitik tolak
daripada masalah besar yang melibatkan kelemahan pelajar dalam menguasai
kemahiran menghafaz ayat-ayat Al-Quran. Masalah inilah yang sebenarnya dihadapi
oleh pelajar baik di sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di institusi-institusi
Pengajian Tinggi. Kajian Mohd Alwi et al. (2003), Ab. Halim (2005) dan Ab.
Halim et al. (2006) dalam Mohd Aderi Che Noh dan Rohani Ahmad Tarmizi (2009) menunjukkan
bahawa kelemahan dalam pengajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Al-Quran menyebabkan
timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran.
Kelemahan penguasaan Tilawah (Bacaan) dan Hafazan Al-Quran pelajar akan terus
wujud sehinggalah mereka menamatkan pelajaran pada peringkat sekolah menengah
sekiranya pengajaran Al-Quran di sekolah tidak diberi penekanan. Oleh demikian
adalah menjadi tanggungjawab guru-guru Al-Quran untuk menguasai strategi
pengajaran supaya memudahkan pelajar untuk mempelajari hafazan Al-Quran dengan
lebih mudah.
Bidang Pendidikan Al-Quran adalah
mata pelajaran yang wajib diambil dan diwajibkan lulus bagi semua pelajar di Sekolah
Menengah Tahfiz Al-Quran (SMTAQ). Sukatan Pelajaran Pendidikan Al-Quran ini telah
digariskan oleh Jabatan Agama Islam Melaka dengan (JAIM) dengan bercabang
kepada tiga bahagian iaitu Hafazan Al-Quran, Tahriri Al-Quran (Penulisan) dan
Tajwid Al-Quran.
Apabila meneliti keputusan ujian hafazan
tahun lepas, ramai di kalangan pelajar masih belum menguasai hafazan Al-Quran walaupun
mereka tahu membaca Al-Quran. Penyelidik pernah bertanyakan kepada mereka tentang
masalah ini dan jawapan yang diberikan mudah sahaja, “Kami sudah hafal, tetapi
sukar untuk ingat.” Selain itu, ada di kalangan mereka, yang pernah bertanyakan
kepada pengkaji cara menghafaz ayat-ayat Al-Quran itu dengan teknik yang mudah
diingati. Penyelidik cuba memikirkan apakah cara terbaik untuk membantu pelajar
mengatasi masalah ini.
Rasulullah
S.A.W. pernah bersabda :
“Yang
terbaik dikalangan kamu (manusia) adalah yang belajar dan mengajar Al-Quran”
(HR Bukhari dan Muslim)
Mengambil kira kepentingan Al-Quran
di kalangan pelajar, atas dasar tanggungjawab sebagai seorang pendidik dalam
memartabatkan ilmu terutamanya ilmu Al-Quran, penyelidik cuba mengilhamkan dua
program yang akan dilampirkan kemudian. Adalah menjadi harapan penyelidik agar
hasil kajian ini dapat membekalkan maklumat berguna kepada guru-guru berkaitan
di samping meningkatkan kemahiran membaca dan menghafaz ayat-ayat Al-Quran di
kalangan pelajar.
FOKUS
Fokus kajian ini memberi tumpuan
kepada kaedah atau teknik untuk mengatasi masalah pelajar dalam menghafaz ayat-ayat
hafazan dalam sukatan Pendidikan Al-Quran SMTAQ. Kajian ini dilaksanakan bagi
melihat keberkesanan Program “Chunking”, Program “10-1(10 kali baca surah dalam
sehari)” dan Program “Sahabat Huffaz” dalam memudahkan pelajar menghafaz ayat-ayat
hafazan yang ditentukan. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti sama ada
kaedah pengajaran ini dapat meningkatkan tahap penumpuan dan pemahaman pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF
Selepas kajian ini selesai
dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan mencapai objektif berikut :
Objektif Umum
Meningkatkan
kemahiran pelajar-pelajar Tingkatan 4A dalam menghafaz ayat-ayat Al-Quran
dengan lebih efektif.
Objektif Khusus
1.
Menyebut setiap kalimah dengan betul.
2.
Mengubah persepsi pelajar dengan mengatakan mudahnya menghafaz
Al-Quran.
3.
Membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang hafazan Al-Quran.
KUMPULAN
SASARAN
Kajian ini melibatkan 20 orang
pelajar Tingkatan 4A Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Chenderah, Jasin,
Melaka sesi 2012.
PELAKSANAAN
KAJIAN
Proses pengumpulan data dilakukan
melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui pemerhatian, ujian pra-amali
dan pos.
Pemerhatian
Penyelidik telah menjalankan
pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Hasil daripada pemerhatian
yang dijalankan, masih ada pelajar yang lemah dalam menguasai teknik membaca
dan menghafaz Al-Quran dengan betul.
Ujian pra-amali dan pos
Ujian pra telah diberikan
berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Al-Quran bertujuan untuk mengesan
sejauh mana kemahiran pelajar dalam menguasai bacaan dan hafazan. Selepas
melihat keputusan ujian pra, penyelidik terus menjalankan aktiviti dengan
melaksanakan beberapa program. Pada minggu
berikutnya
penyelidik terus memberikan ujian yang sama yang telah diberikan dalam ujian
pra sebagai ujian pos 1. Selepas seminggu, penyelidik telah memberikan ujian
pos 2.
TINDAKAN
YANG DIJALANKAN UNTUK MENGATASI MASALAH
Berdasarkan analisa yang telah
dijalankan, tahap penguasaan hafazan responden adalah pada tahap yang lemah dan
sederhana terutamanya dalam aspek kemahiran menghafaz ayat-ayat dengan lancar,
sebutan huruf yang jelas dan penggunaan tajwid yang tepat. Ini mungkin disebabkan
oleh amalan pengajaran guru yang kurang berkesan. Dapatan ini selari dengan kajian
yang telah dijalankan oleh Maimun Aqsha Lubis dan Roslan Aspar (2005) yang
menunjukkan keberkesanan kaedah mengajar dan jalinan hubungan yang lebih mesra di
antara guru dan pelajar di sekolah dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi
menjadi lebih penting supaya penyampaian pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lebih tersusun dan memudahkan pencapaian matlamat yang telah digariskan.
Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk mewujudkan hubungan
yang baik dengan pelajar seperti memberi rangsangan dan semangat supaya mereka
memiliki kesedaran untuk mempelajari Al-Quran.
Setelah penyelidik mendapati
terdapat beberapa masalah yang timbul, maka penyelidik telah melaksanakan tiga
teknik menghafaz Al-Quran dalam sukatan Pendidikan A-Quran adalah seperti
berikut :
Program "Chunking"
"Chunking"
membawa maksud pisahkan atau ceraikan kepada beberapa bahagian tertentu bagi
mendapatkan hasil yang memuaskan. Ada beberapa teknik yang bersesuaian berdasarkan
program ini mengikut tahap-tahap tertentu :
1. Memisah-misahkan sepotong
ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang
sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar
muka surat kepada beberapa bahagian (2 atau 3
bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan ayat-ayat
kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut
pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juzuk kepada
beberapa bahagian mengikut surah, hizib,
rubu', cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Quran
kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan
sebagainya.
Secara
rumusannya, penyelidik menggunakan teknik yang kedua bagi program ini. Cara
pelaksanaan adalah seperti berikut :
1. Penyelidik membimbing pelajar
dengan memisahkan ayat-ayat Al-Quran sekadar
satu muka surat kepada 2 atau 3 bahagian
mengikut kesesuaian pelajar.
2. Pelajar diberi ruang dan
peluang untuk menyuarakan kemusykilan mereka
terhadap pembahagian yang bersesuaian
kepadanya.
3. Pelajar akan membaca ayat-ayat
tersebut berulang kali (sekadar 5 hingga 10 kali
mengikut Program 10-01) sehingga berjaya
tanpa berpindah ke bahagian yang
seterusnya.
4. Pelajar memperdengarkan
ayat-ayat yang dihafaz tadi dihadapan penyelidik.
5. Pelajar mengulangi
kaedah-kaedah di atas dengan menyambung hafazan ke
bahagian baru atau seterusnya.
Program 10-01
Kaedah program ini adalah dengan
membaca sebanyak 10 kali sehari atau dikenali sebagai teknik ulangan berterusan.
Cara pelaksanaan adalah seperti berikut:
1.
Penyelidik membimbing pelajar dengan memperdengarkan bacaan yang betul
bagi
ayat-ayat yang ditentukan diikuti dengan bacaan pelajar sekurang-
kurangnya 5 kali.
2.
Pelajar diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan kemusykilan mereka
terhadap bacaannya.
3.
Pelajar akan membaca ayat-ayat tersebut berulang kali sekurang-kurangnya
10 kali dalam sehari dengan menggunakan Al-Quran
yang sama.
4.
Pelajar juga membaca ayat-ayat tersebut di luar aktiviti program seperti dalam
solat.
5.
Penyelidik menguji ingatan pelajar dengan mengadakan ujian lisan.
Program "Sahabat Huffaz"
Cara
pelaksanaan adalah seperti berikut:
1. Pilih
seorang teman untuk bersama-sama hafaz.
2. Orang
yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang
yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4.
Saling menebuk atau menguji hafazan ayat antara satu sama lain.
Tindakan yang dijalankan ini
merangkumi aspek kemahiran menghafaz ayat-ayat tertentu yang terdapat dalam
sukatan Pendidikan Al-Quran SMTAQ. Ia bukan sahaja melibatkan pengajaran
berpusatkan guru malah turut berfokus kepada pembelajaran aktif para pelajar di
dalam menguasai ilmu tersebut. Berdasarkan teori Psikologi Pendidikan, kaedah
ini menepati Pendekatan Konstruktiviti Sosial yang tertumpu kepada keadaan atau
unsur-unsur yang berada di sekeliling pelajar. Apatah lagi dalam pengajaran
membaca Al-Quran, ia mempunyai ciri tersendiri berbanding dengan setiap
komponen bagi mata pelajaran yang lain. Pengajaran membaca Al-Quran melibatkan
kemahiran lisan, kelancaran bacaan, kemahiran fasahah, tilawah bertajwid
dan bacaan secara tadwir dan tartil (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2004). Oleh itu, Program Sahabat Hafaz yang dijalankan oleh
penyelidik adalah bersesuaian kerana semua pelajar saling bantu membantu di
antara satu sama lain dalam menguasai hafazan Al-Quran.
HASIL PEMERHATIAN
Analisis pemerhatian
Berdasarkan
pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran
didapati
kebanyakan pelajar lebih berkeyakinan dan lebih berminat untuk menghafaz
ayat-ayat Al-Quran yang dicadang dan dikemukakan guru ketika proses pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan. Selain itu suasana pembelajaran juga menjadi
lebih aktif di mana pelajar sentiasa membantu di antara satu sama lain.
Analisis ujian pra dan ujian pos
Perbandingan
pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos adalah seperti berikut :
Jadual 1
: Ujian pra dan pos untuk amali hafazan ke atas 20 orang responden
(pelajar-pelajar Tingkatan 4A, 2012).
MARKAH
|
TAHAP
|
BILANGAN PELAJAR
|
||
Ujian Pra
|
Ujian Pos 1
|
Ujian Pos 2
|
||
14 - 20
|
Cemerlang
|
2
|
7
|
11
|
7 - 13
|
Baik
|
5
|
6
|
6
|
1 - 6
|
Lemah
|
13
|
7
|
3
|
Dapatan
ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar.
Daripada 20 responden yang mengambil ujian, hasilnya 17 orang pelajar menunjukkan
peningkatan pencapaian manakala 3 orang pelajar tidak menunjukkan sebarang
peningkatan. Ujian Pos telah dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu ujian pos 1 dan
ujian pos 2. Jarak ujian pos 1 dan ujian pos 2 adalah selama seminggu. Berdasarkan
ujian pos yang telah dijalankan, didapati terdapat peningkatan yang mendadak
bagi pelajar yang dapat menghafaz ayat-ayat Al-Quran yang ditetapkan dengan
lancar, bacaan yang bertajwid dan sebutan huruf yang betul. Penurunan jumlah
pelajar yang lemah juga dapat dikurangkan. Hal ini berbeza daripada keputusan
ujian pra amali yang telah dijalankan sebelum ini, di mana menunjukkan jumlah
yang tinggi bagi pelajar yang lemah dalam menguasai kemahiran menghafaz Al-Quran.
RUMUSAN
KAJIAN
Berdasarkan kepada dapatan kajian di
atas, terdapat peningkatan pada pencapaian pelajar dalam ujian pos yang
dilaksanakan. Ini menunjukkan keberkesanan program yang dilaksanakan penyelidik.
Namun demikian, terdapat juga beberapa pelajar yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan
dari segi pencapaian. Ini berkemungkinan kerana beberapa aktiviti dalam program
yang dilaksanakan adalah di luar kemampuan kawalan penyelidik. Contohnya, bagi
Program 10-01 (10 kali baca dalam sehari), pelajar dikehendaki membaca ayat-ayat
Al-Quran yang dihafaz dalam solat. Penyelidik tidak dapat memastikan sama ada
aktiviti ini dilaksanakan secara tepat oleh pelajar ataupun tidak. Oleh
demikian, untuk kajian berikutnya, kelemahan ini harus diberi perhatian dan
dilaksanakan penambahbaikan supaya sebarang tindakan yang dicadangkan berjalan
lancar dengan kawalan guru yang bertugas.
KAITAN TEORI PSIKOLOGI
Sepanjang proses kajian
dilaksanakan, terdapat pelbagai teori psikologi pendidikan terbentuk dalam
kaedah dan teknik yang dicadangkan penyelidik. Berdasarkan analisis kajian yang
telah dilaksanakan, kesimpulan dibuat bahawa majoriti pelajar tersebut pada
awalnya amat lemah dalam menghafaz Al-Quran. Setelah dibuat penyelidikan kepada
beberapa peringkat ujian, ternyata bilangan pelajar yang lemah semakin
berkurang dari hari ke hari dan memerlukan amalan yang berterusan.
Bagi kaedah "Chunking" terdapat
di dalamnya kaitan Teori Kecerdasan Triachic Sternberg kerana mengamalkan kecerdasan
Analitikal (pembahagian kadar hafazan yang ingin disemak), Pengalaman (menilai
kaedah lalu) dan Praktikal (tindakan pelaksanaan). Juga mempunyai kaitan dengan
Teori Pembelajaran Behaviorisme dengan teknik pengulangan pada kadar yang
ditetapkan. Program 10-01 pula disematkan bagi merealisasikan Teori Edward L.
Thorndike yang menggunakan tiga aspek utama iaitu berkenaan Hukum Kesediaan, Hukum
Latihan dan Hukum Kesan. Latihan yang berulang dan berterusan menjadi tunjang
utama dalam menjayakan program ini. Begitu juga kepada Teori Konstruktiviti
Sosial dilaksanakan dalam program ketiga iaitu program "Sahabat
Huffaz" di mana pelajar perlu berkongsi maklumat (hafazan) bersama-sama.
Kaedah ini lebih memberi keserlahan apabila terdapat pelajar yang baik atau mempunyai
pengalaman yang pelbagai membantu pelajar yang lemah dan kurang mempunyai
pengalaman sedia ada tentang menghafaz Al-Quran. Juga boleh disamakan
ciri-cirinya dengan Teori Kognitif Sosial atau Teori Modelling Albert Bandura
apabila perwatakan dan tingkah laku "Sahabat Huffaz" atau guru bersesuaian dengan gelaran seorang
penghafaz Al-Quran.
RUJUKAN
- Terjemahan
Al-Quran dan Hadis.
-
Hasnida Ibrahim (2011), Kemahiran Menghafaz Surah-Surah Pilihan
Dalam
Sukatan Aa 101 Di Kalangan Pelajar Semester
Satu.
- Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz
Abdul Shukor (2008), Psikologi
Pendidikan UPSI.
- Khalif Rizal (2011), Menghafaz Al-Quran ; Kaifiat dan Fadhilat.
- Sejaya Islamic School Preach Broad (2010), 7 Tips Menghafaz Al-Quran.
Subscribe to:
Posts (Atom)